MAWI kekal bahagia dengan Ekin selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
"Pada waktu itu saya tidak mahu kecoh-kecoh sangat sebab kandungannya masih baharu. Tapi kami memang sangat gembira sebab nak sangat anak selepas Ekin keguguran dua kali," ujarnya. Juara Akademi Fantasia musim ketiga itu juga tidak kisah jantina anak tetapi sama seperti ibu bapa lain, mereka mengharapkan zuriat sulung yang akan dilahirkan kelak sihat dan sempurna.
Pada masa yang sama, Mawi turut menafikan gosip terbaharu kononnya dia telah menjual rumah banglo miliknya yang bernilai lebih RM1 juta di Bangi. "Gosip itu tidak benar. Saya dan Ekin masih menetap di rumah itu," jelasnya.
0 comments:
Post a Comment